Thursday, November 27, 2008

SummarY about The Late OF NASIR ALI

Simple Summary in english vers

Malaysian – Nasir Ali, an actor, leader Of Group Teater Artis Kreatif (Gerak) in area 80- he died on 31 october 2008 at age 55 in his apartment in Cheras because due complications from diabetes. he died around 3.45am witness by his third daughter and his lovely wife . before he died he open his eyes and watch his daughter and wife he drop his tear and die like a sleep his third daughter have been do CPR and it help him breathe again but a few minute after that, he died with peace.The late nasir ali has leave his wife his wife Kadariyah ; his daughter mawar shahienas, 30, lely Shafienas, 28, Ilya Shazanazs, 25,Ieliyanas Shahtznas, 18,son in law alex iskandar wilson(mawar husband)and two grandchildren Mikail and Adam

.The actor was born January 17, 1953, in Taiping Perak. Having 3 siblings Saiful Akmar Ali,prof Soraya Ali and Shamsul Kamal ali.

"i admire his spirit he always do the best even he sick on set but when director say ACTION he act like he never sick i m so admirer him it hard to find an actor like him"said the fadhil dhani,the actor “He was a wonderful man and a good actor, and he been slave his life on act,” said Rosyam,the actor and the one who direct “kepadamu Kekasih” was last drama staring late nasir ali .The late nasir ali have been act since year 1972 his 1st film is Paper tiger direct by David Niven. And till end.Now its about more 200 drama.theater and film he act.the actor hve been nominee twice on anugerah angkasa as a best actor

On theater just mention his name everyone Know WHO IS NASIR ALI. The great theater activist.the great mentor coz mostly his student is success on theater,drama,film coz they always practical what their mentor teach now even Nasir Ali gone his spirit always on his student heart.they will carry on the spirit that nasir ali have it.

Nasir ali the man who can role any part in film,just give it the role n he will prove he can gve what u want .he can make u laugh,sad and evil .just give his any role 100 percent he can do it coz he is talented and so awesome. nasir ali is a great and multiplay artist in Malaysia.just check out his film or drama like Mekanik,Rentak Desa,Ujang,hingga hujung nyawa,jutawan fakir,senario the movie,alahai anak omak,ee..hantu and more film.as an drama meniti senja,pendekar kundur,dinasti bilut,bulan mengambang pak ngah balik,besi buruk,camar, and too much to say he act and direct till end.

(some of friend at seatle ask me why this man don’t get what shah rukh khan get or Michlle yeoh or like Hollywood did.i just say well jesse this is Malaysia ,u want something u must kiss them 1st even u don’t know how to act it ok as long u got a cute face .)

Nasir Ali finishes his study at National Institute Of Dramatic Art, Sydney, Australia and on there he is active student, he hve been acting on theater and direct too (jebat in English version, Orliana, The Three Sister, Mac Back)

Back to malaysia.
He continue what his learn and teach his student what he know.

his winning an director award and actor. he never stop direct and acting his spirit so strong just look his theatre li ke Pran(1987), Konvensyen Gila (1992,1999), Bus Stop (1994).Orang-Orang Kecil (2003) Ledak kebangkitan and more the last is PETUA PERKAHWINAN he die before he finished his last theater unfortunely till end his life he really hope someday he will direct his theater on ISTANA BUDAYA STAGE.(but this Malaysia u want something just go kiss them ok!)

Sunday, November 23, 2008

Allahyarham Nasir Ali Mesra Dalam KENANGAN..Abadi Dalam iNgaTAN..Perginya tanpa ganti

(Ditujukan Jua Pada Para seniman yang telah Pergi )


Salam Terakhir
Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang

Pemergian ku ini tak dirancang
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan
Salam ku yang terakhir



Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa

Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan Hati ini
Seharian waktu bersamamu

Tak terasa saat yang berlalu

Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

lirik lagu ini dipetik dari
Sudirman Hj. Arshad - Pelangi Petang



Friday, November 21, 2008

Allahyarham SUDIRO SUKIMAN (late of SUDIRO SUKIMAN)

Al-Fatihah: Sudiro Sukiman (pelakon Rumah Kedai)
17 October 2008 —

gelaran Tapa sebati dikalangan artis mahupun rakannya
PETALING JAYA: Pelakon popular dengan watak Tapa menerusi drama bersiri TV3, Rumah Kedai, Sudiro Sukiman, 49, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, dekat sini, jam 12.15 tengah hari tadi.
Allahyarham menghidap penyakit kencing manis, jantung dan buah pinggang sejak 10 tahun lalu, tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di tempat meletak motosikal di pekarangan rumahnya di Pinggiran Subang ketika bersama anak saudara, Hafandy Abdul Hadi.
Menurut Hafandy, 21, bapa saudaranya itu mahu berkunjung ke rumahnya di Selayang Indah dan berhasrat bertemu rakan-rakan pada majlis Aidilfitri.
Allahyarham adalah anak sulung daripada tiga beradik dan berasal dari Selayang.
Sebelum ini, Allahyarham pernah berkhidmat dengan Grand Brilliance Sdn Bhd dan TV3 selama 10 tahun sejak 1995 dan kali terakhir memegang jawatan penolong penerbit program hiburan Muzik-Muzik.
Selain dikenali sebagai pelakon, Sudiro ialah tutor secara separuh masa di Universiti Malaya, mengajar subjek teater. Di samping drama popular Rumah Kedai, Allahyarham menulis skrip filem Jibon yang ditayangkan pada 1998.
Bagaimanapun, Allahyarham berhenti berlakon selepas mendapati penyakit yang dihidapi makin serius.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang Baru, jam 6 petang tadi.
Sepatutnya malam ini, arwah berhajat menghadiri majlis Aidilfitri bersama rakan tetapi tidak berkesempatan apabila pergi menyahut panggilan Ilahi.
Majlis itu sebenarnya memberi makna mendalam kepadanya apabila ia perjumpaan semula antara pelakon drama popular itu yang turut dihadiri rakannya, Kartina Aziz dan Harun Salim Bachik. Dua hari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir, Kartina sempat menghubunginya untuk mengajaknya ke majlis itu.
Kata Kartina, 50, ketika bercakap menerusi telefon Sudiro beritahu dia tidak mahu menghadirinya kerana kesihatan tidak mengizinkan apatah lagi beliau berulang kali menyatakan dia akan meninggalkan rakan-rakannya buat selamanya.
“Beliau tidak suka meminta-minta. Penerbit drama Rumah Kedai, Mokhtar Abu Bakar mempunyai perancangan untuk menerbitkan semula drama itu untuk musim baru.
“Antara tujuannya ialah supaya Allahyarham dapat terus bekerja. Namun, perancangan itu tertangguh kerana Mokhtar belum menemui pelakon pengganti yang sesuai untuk membawakan watak Pak Halim yang sebelum ini dilakonkan Allahyarham Yusof Mohamad,” katanya.
Bagi Harun pula, kenangan selama tujuh tahun bersama Allahyarham ketika membintangi drama itu sukar dilupakan apatah lagi mereka bersama menimba pengalaman awal dalam bidang lakonan.
Sebaya dengan Allahyarham, Harun menyifatkan pemergiannya kehilangan besar persada hiburan tanah air. Allahyarham juga berbakat dalam penulisan skrip.
“Saya pernah mengarah dan berlakon menerusi skrip tulisan beliau, Badut. Allahyarham sememangnya berbakat menulis skrip khususnya mengenai kanak-kanak,” katanya.
Sungguhpun penyakit dihidapi Allahyarham sejak 10 tahun semakin serius sejak dua tahun lalu sehingga dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon tetapi dia masih bersemangat berkarya menerusi penulisan skrip dan persembahan boneka.
Selain drama Badut, Allahyarham pernah menghasilkan skrip drama Cucu Nenek Joyah dan filem terbaru, Baran. Walaupun pernah ada pihak tidak membayar skripnya, beliau tidak mahu memperbesarkan perkara itu.
Pada sambutan kemerdekaan negara yang lalu, Allahyarham sempat menghasilkan skrip drama Tok Mudim untuk RTM2. - Harian Metro

Allahyarham RAFFI HUSSAIN (late of RAFFI HUSSAIN)


Al-Fatihah: Raffi Hussain (pelakon filem Azura)
14 October 2008 —



Arwah ketika zaman mudanya
WATAK Razif yang dipegang oleh Raffi Hussain, 49, dalam filem Azura mungkin antara yang paling diingati oleh peminat filem Melayu. Dalam filem itu, Razif adalah digambarkan sebagai watak jahat apabila dia dan kawan-kawannya membelasah Zakaria (Jamal Abdillah) kerana Zakaria meninggalkan kumpulan mereka selepas mengahwini Azura (Fauziah Datuk Ahmad Daud).
Azura antara filem yang dibintangi oleh Raffi dengan kebanyakannya menampilkan dirinya sebagai lelaki macho yang nakal atau jahat. Raffi juga berlakon dalam pelbagai genre filem daripada aksi hingga komedi. Selain Azura yang diterbitkan pada tahun 1984, filem lain yang pernah dibintanginya ialah Di Ambang Kasih (1984), Tujuh Biang Keladi (1984), Si Jantung Hati (1986), Mr Os (1987), Hero (1989) dan Pak Tam Duda (1989).
Pembabitan Raffi dalam dunia lakonan sekitar tahun 1990-an memang kurang menonjol. Bagaimanapun, beliau seperti kembali aktif dan agak menyerlah menerusi drama bersiri bertemakan sejarah dan era darurat iaitu VAT69 - Warisan Darah Perwira yang pernah disiarkan di RTM dan Astro Ria.
VAT69 ialah pasukan khas (komando) PDRM, juga dikenali sebagai Komando 69. Sesetengah pihak berpendapat, perletakan senjata oleh PKM sedikit sebanyak dipengaruhi oleh tindakan unit tersebut ke atas mereka ketika Darurat Kedua (1968-1989). Setakat ni siri ni menonjolkan sejarah penubuhan unit ini, latihan serta satu operasi di Perak sekitar lewat 1960an.
Susulan daripada kejayaan drama bersiri VAT69 itu, Raffi beralih menjadi produser filem dengan menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Raffi Hussain Corporation (M) Sdn Bhd. Projek pertama syarikatnya ialah menerbitkan filem mirip fantasi dan lagenda berjudul Tasik Chini. Beliau sungguh komited dengan projeknya itu dan tidak pernah putus asa walaupun skripnya pernah ditolak beberapa kali oleh panel penilaian Finas.
Kesabarannya berbaloi apabila selepas hampir empat tahun menunggu, akhirnya Jawatankuasa Panel Penilaian Skrip Finas memperakui skripnya. Finas kemudian mengeluarkan surat sokongan kepada beliau untuk membuat permohonan pinjaman berjumlah RM1.5 juta di bawah Skim Pinjaman Filem Cereka (SPFC). Beliau yang pernah datang ke Balai Berita untuk memaklumkan berita gembira ini, begitu berkobar-kobar mengenai filem Tasik Chini.
Dalam satu temu bual, Raffi mengakui beliau menghadapi sedikit masalah untuk mendapatkan pinjaman itu kerana perlu menyelesaikan beberapa perkara berkaitan dengan kedudukan kewangan syarikat penerbitannya terlebih dahulu. Sejak itu, perkembangan mengenai pembikinan filem Tasik Chini tidak diketahui lagi.
Namun, harapan yang lama tersimpan itu tinggal menjadi kenangan apabila pelakon dan penyanyi yang memiliki nama sebenar, Mohd Rofi Che Hussain menghembuskan nafas terakhirnya, petang 14 Oktober lalu.
Ironinya anak seni kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menemui Ilahi sehari sebelum sambutan ulang tahunnya yang ke-49, 14 Oktober. Raffi meninggal dunia kerana sesak nafas akibat serangan jantung sekitar jam 7 malam ketika berada di kediaman ibunya di Batu Caves, Selangor. Jenazahnya dibawa ke Kampung Gual Jedok, Tanah Merah, Kelantan untuk dikebumikan.
Raffi sebenarnya mula mencipta nama sekitar 1970-an. Menyelak lembaran permulaan kariernya sebagai anak seni, pesona arwah menyerlah apabila karektor serta gayanya yang yang persis bintang rock & roll tersohor, Elvis Presley membuatkan dia digelar Elvis Malaysia.
Populariti dek gelaran itu membawa Raffi melangkah ke dunia seni secara komersial apabila memperoleh tawaran rakaman album. Album pertamanya, Raffi dirakamkan pada 1981 memuncakkan namanya menerusi lagu seperti Luka Lama Berdarah Kembali, Dansa Ayuh Dansa, Mari Menari Rock And Roll, Tangisan Di Waktu Malam dan banyak lagi.
Dua tahun selepas itu, Raffi mengukuhkan popularitinya sebagai penyanyi dengan kelahiran album kedua, Membara pada 1983. Sentuhan M Nasir dan A Ali yang bertindak sebagai komposer album itu memperluaskan lagi popularitinya menerusi lagu Saat Percintaan, Mencari, Gadis Penari Budaya dan Mula Jelingan Mata.
Tuah wajah kacak serta populariti yang dibinanya turut membawa Raffi melangkah ke dunia filem. Antara filem lakonannya adalah Azura yang turut menampilkan Jamal Abdillah, Fauziah Ahmad Daud dan Syed Sobrie selain Di Ambang Kasih, Mr Os dan Tujuh Biang Keladi.
Biarpun namanya semakin terpinggir namun dia tidak pernah sesekali melupakan bidang seni. Kecintaan terhadap dunia lakonan terus semarak dalam sanubarinya apabila dia membintangi filem terbaru, Gentayangan.
Sayangnya Raffi terlebih dulu pergi menyahut seruan Ilahi tanpa sempat menonton filem itu, malah turut membawa bersama harapan serta impiannya ke sebuah daerah abadi. Beliau meninggalkan seorang balu, Zawinunie Mohd. Ramli, 34, yang sarat mengandung tujuh bulan anak kelima mereka.
Allahyarham yang tinggal di Taman Pelangi Jaya, Sentul meninggalkan empat anak iaitu Mohd Warith Iqbal Putra, 6, Mohd Razafiq Putra, 11, Puteri Ratna Sari, 14, dan Mohd Indraputra, 15, yang sedang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). - Harian Metro

Saturday, November 15, 2008

HaRga JASA SeoRang Karyawan Dan SeNiman..(UNtung Lagi Shah Rukh Khan hehehe)

Angkat imej Finas
Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my

Rap
PELANTIKAN Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim, 38, sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menggantikan Senator Tan Sri Jins Shamsudin, nyata mengejutkan penggiat seni kerana kurang mengenalinya.
Ini menyebabkan ramai yang hadir pada majlis ramah mesra bersama Razali anjuran Finas Khamis lalu, untuk mengetahui lebih lanjut latar belakangnya.

Razali mengakui, sejak dilantik secara rasmi pada 1 September lalu, ramai tertanya-tanya siapakah dirinya yang diberi kepercayaan untuk memegang jawatan tertinggi itu.

"Mulanya saya tidak mahu nama saya diumumkan dulu sebelum memulakan tugas kerana ingin mengetahui jawatan ini secara mendalam. Namun, apabila ramai mengetahui nama saya sebagai Pengerusi baru Finas, ramai yang tertanya-tanya siapa saya.

"Menariknya, apabila dilantik ada tiga perkara yang diperkatakan rakan saya. Pertama kata mereka, jika jumpa artis jangan lupa bawa bersama mereka. Ini bermakna, kehidupan glamor artis sentiasa berada dalam pemikiran masyarakat.

"Kedua, rakan saya meminta mengajak mereka sekali apabila menonton filem yang belum ditapis dan ketiga, ada juga rakan saya yang meminta tolong agar saya melakukan pemantauan pada program yang dilabel tidak sesuai untuk ditonton kanak-kanak," katanya ketika ditemui.

Tambah Razali, sebaik memulakan tugas, ada beberapa agenda awal yang ingin dilakukan. Perkara pertama, katanya, mahu menghapuskan persepsi negatif terhadap Finas yang dianggap skeptikal.

"Selain itu, saya melihat kewujudan banyak persatuan dalam bidang hiburan kita perlu diselesaikan. Kita boleh duduk berbincang mengenai soal persatuan dan menjaga kebajikan artis.

"Dalam pada itu, sejak mula bertugas di sini, saya mendapat banyak jemputan untuk menghadiri majlis anugerah. Pada saya, majlis anugerah yang diadakan untuk mengiktiraf artis memang baik tetapi jika terlalu banyak majlis anugerah, ia mungkin menjejaskan majlis anugerah itu sendiri.

"Walaupun saya bukan orang glamor dan mengaku tidak tahu banyak mengenai perfileman, saya percaya dengan kerjasama semua pihak, kita dapat bangkitkan persada perfileman tanah air. Kerjasama ini membawa manfaat pada semua.

"Sebagai Pengerusi baru Finas, saya ingin membuka pejabat saya untuk menerima apa jua pandangan dan cadangan demi kebaikan persada hiburan tempatan.

"Dalam menjalankan tugas, saya berusaha menjaga amanah dan menjalankan tanggungjawab yang diberikan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal," katanya.

Mulai 1 September lalu, Razali diberi kontrak selama setahun untuk memegang jawatan Pengerusi Finas. Katanya, dia gembira dengan pelantikan itu dan berazam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan berbesar hati untuk berkenalan dengan penggiat seni termasuk pemimpin persatuan artis dan media.

Walaupun terikat dengan komitmen lain seperti masih memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Johor dan bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda Umno, ia bukan halangan untuknya menjalankan tugas Pengerusi Finas.

Katanya, tanggungjawab dengan pelbagai jawatan cabaran buatnya kerana apa yang lebih penting, usahanya membantu menaikkan nama dan peranan Finas pada tahap membanggakan. Paling penting, beliau mahu persepsi negatif yang membuatkan pemikiran masyarakat kabur mengenai fungsi Finas perlu dipulihkan.

Soal majlis anugerah yang ingin ditegur, beliau mahu nilai prestij diberi tumpuan. Apa yang menjadi masalah, tiada penanda yang mengatakan sesebuah majlis anugerah itu lebih prestij berbanding majlis anugerah lain.

Namun, buat masa ini, beliau tidak membuat keputusan untuk membatalkan majlis anugerah yang dianggap tidak berprestij tetapi menyatakan perkara ini harus diteliti dan diperbaiki.

Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim pula menyambut baik kehadiran Razali yang menjadi pemimpin muda berkaliber, proaktif dan matang berdasarkan kepemimpinan dalam pelbagai jawatan sebelum ini.

Kemampuan Razali diyakini dan dipercayai mampu untuk memacu perkembangan persada hiburan tempatan selain memberikan perspektif baru dalam menterjemahkan Dasar Perfileman Negara (DFN).

"Finas akan terus melaksanakan strategi DFN yang memfokuskan aspek promosi dan pemasaran, pembangunan filem dokumentari dan animasi, pembangunan modal insan, kemudahan perfileman dan penyelidikan serta pembangunan.

"Dari aspek pemasaran, Finas juga menyerahkan alat audio video kepada 15 Kelab Pencinta Filem daripada 40 kelab termasuk dua di luar negara iaitu London dan Melbourne," katanya.

Pada majlis sama, Finas menyerahkan duti hiburan filem untuk tempoh Mei hingga Oktober tahun ini kepada sembilan penerbit filem.

Jumlah duti hiburan tertinggi diterima produksi Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) iaitu RM554,390.10 menerusi filem Otai, Gong, Mukhsin, Dunia Baru The Movie, Nana Tanjung 2 dan Senario Pemburu Emas Yamashita.

Penerima lain Tayangan Unggul Sdn Bhd menerusi Anak Halal dan Kala Malam Bulan Mengambang (RM338,791.50), KRU Communications Sdn Bhd untuk Duyung (RM330,626.50), Skop Production Sdn Bhd dengan Evolusi KL Drift (RM229,211.20), MIG Production Sdn Bhd menerusi 9 September dan Congkak (RM215,989.00), Sonata Film (M) Sdn Bhd dengan Qabil Khushry Qabil Igam (RM85,678.10), Astro Shaw Sdn Bhd untuk Diva (RM49,430.90), Starry Eye Production Sdn Bhd dengan Chermin (RM41,467.20) dan Infohibur Production Sdn Bhd untuk Orang Minyak (RM28,845.40).

Finas juga menyampaikan sumbangan Skim Belaan Artis kepada lima artis, Datin Umi Kalthum sebanyak RM10,000, Sharifah Aminah (RM5,000), Zainal Abdul Wahab atau Z Roslee (RM5,000), Allahyarham Raffi Hussein (RM3,000) dan Allahyarham Nasir
Ali (RM3,000).


ps
teringat pula adik kwn aku citer,ditanya abangnya esok adik dah besar nak jadi apa lalu dijawabnya "adik nak jadi macam Shah Rukh Khan senang JAdi Menteri" erk..tkejutkan pikir2lah anda.

sYabas!satu pujian bagi MerEka

syabas diucapkan kepada anak2 didik arwah begitu ramai,majlis teater KL (taman budaya) dan juga Kelab teater selangor (kelab Kilat TNB bangsar)yang telah membuat tahlil dan menjemput ahli keluarga arwah menghadirinya.(kebanyakkannya adalah ORANG TEATER syabas pd mereka)
kepada anak didiknya arwah nasir Ali,biar pun beliau tidak ada didunia ini lagi tapi beliau akan terus bersemadi didlm diri kalian terapkanla sentiasa ilmu yg diberikan beliau.Perjuangkanlah dan harumkanlah agar arwah nasir ali bangga dgn kejayaan kalian seperti mana beliau bangga menjadi anak didik kepada arwah MUSTPHA NOR.(jgn x tahu fatimah abu bakar ibunya sharifah amani pun anak didik arwah mustpha Nor)
sikap seperti beginilah yang perlu ada disetiap orang dan ini penghargaan kita padanya inilah sebahagian kita untuk mengingatinya kerana Iringi Doalah yang membantu membahgiakan seseorang sama hidup dan mati.
Apabila seseorang meninggal Dunia bacakanlah ayat2 suci quran dan sedekahkanlah kepadanya kerana tika hidup insan menjadi teman tapi bila ajal telah tiba hanya Doa kita menjadi temannya.Al-fatihah
P/s
difinas (majlis sua industri YB razali ibrahim,pengerusi baru FINAS)
memberi sumbangan kepada datin ummi kalsom,ShariFah aminah,Balu kepada arwah Raffi hussin(arwah raffi meninggal sblm sempat menerbitkan FILEMNYA yang tika itu pihak finas baru je mluluskan ),dan balu kepada arwah nasir ali.

Friday, November 14, 2008

Dimanakan ku cari ganti

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma
Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya

fakta disebaliknya

Ihsan dari Family allahyarham, Gambar tersebut merupakan salah sebuah gambar classmate beliau di National Institute Of Dramatic Art, Sydney, Australia. (NiDA) The late Of Nasir Ali in Memory



  • Dilahirkan ditaiping dibesarkan dibutterworth merupakan seorang abang kepada 3 beradik antaranya Saiful Akmar Ali,prof Soraya Ali and Shamsul Kamar Ali.
  • allahyarham telah berkarya dgn aktif baik teater mahu pun lakon layar dari tahun 80an,malah pernah membintangi sebuah film inggeris paper tiger arahan david niven pada tahun 1972
  • beliau juga biasa membintangi filem dan drama,diantaranya,rentak desa,pemburu.tuah,ujang,mekanik,seman(YG PERNAH DIPERTANDINGKAN DI PESTA FILM PERANCIS ARAHAN MANSOR PUTEH),siti zulaikha(sebuah drama yg ketika itu beliau merupakan leading juga n masa tu juga jalaludin hassan mgasah bakat memegang watak kecil sbg hambali) banyak lagi kalau nak disebut dan paling baru sekali dikaca tv astro BESI BURUK dan TauBat.sehingga kini lebih dari seratus buah dan rasanya lebih dari itu beliau membintangi DUNIA SeNI ini.
  • Malah semasa di australia beliau turut membintangi beberapa teater disana dan pernah mengarah sebuah teater yg bertajuk Jebat(bayangkan bagaimana mat salleh belajar silat dan berbaju melayu,org disana sangat kagum dgn budaya malaysia)
  • beliau adalah pengasas pada kumpulan teater Gerak,merupakan seorang tenaga pengajar yang berwibawa dan telah banyak melahirkan tokoh2 teater dan pelakon dibawah didikannya.
  • Diantara teaternya adalah Konvensyen Gila,hajat,Ledak kebangkitan,orang2 kecil,peran dan banyak lagi untuk dinyatakan.
  • Beliau hampir menerima Ahli Mangku Negara tapi atas sebab tertentu beliau disingkir mgkin juga pasti waktu itu beliau pekerja tetap DBKL hehe(paham jela dunia ini PENING!)
  • Kaki allahyarham hampir sembuh dan beliau amat seronok sangat sebab beliau berharap menghantarkan isterinya ke kelana jaya (para jemaah bkumpul disana) untuk menunaikan haji.malah berharap dapat melawat anak cucunya dikanada hujung tahun ini serta berniat mengerjakan umrah.
  • Tiap2 hari beliau berdoa agar cepat sempat sembuh
  • Dalam keadaan tidak sihat beliau turut menerima offer namun terpaksa ditolak,pernah sekali ada call yg ingat beliau sakit sikit lalu disuruh buat scene berlari(apa ke bodoh yg call tu org sakit pun x paham dan).malah ketika allahyarham tidak sihat telefon asyik berdering menganggu beliau beristirehat dgn kata2 yg myakitkan(jangan x tahu masih ada orang yg tolol siap kata "betul ke abg sakit ke bpura2 sakit".bodoh sakit mana leh main2 tp tu lah hakikat setengah orang mmg suka myakiti hati.)
  • pd pagi 28hb beliau tengelincir didepan bilik (ketika itu beliau menuju ke bilik air selalunya telah menjadi kebiasaan beliau akan memanggil anak ketiganya datang membantu namun pd hari tu ..hanya kepada yg esa mengetahui).
  • pd 31hb oct Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di depan isterinya tercinta dan anak ketiganya(khamis mlm jumaat)
  • anak ketiganya cuba membuat Cpr sementara menunggu ambulan,ketika itu beliau kembali bernafas untuk seketika.
  • Ambulan tiba lewat 5 minit dirumah kerana pintu masuk diblock oleh sebuah kereta manakala guard pula terlena.
  • Attendan memberitahu seandai mereka sempat 5minit sudah pasti berjaya myelamatkan dan ketika itu badan allahyarham masih panas lagi.
  • tapi sudah ditakdirkan jika ajal telah tiba itulah yg kena diterima,allah begitu sayang pada hambanya
  • oFF REcOrd cz x mahu diperbesarkan(salah satu punca beliau meninggal adalah disebabkan buatan orang .namun allah amat penyayang dan meyelamatkan hambanya dari derita)
  • Pada waktu anak2 arwah yg berada di kolej(sekitar kuala lumpur),johor,dan kanada diberitahu tentangnya.
  • anak arwah yang bongsu sampai dirumah hampir jam 5am,manakala yang johor sampai pada jam hampir 12lebih pm manakala yg dikanada tidak dapat pulang kerana masalah tiket kapal terbang dan masalah anaknya yg dimasukkan ke hospital sekali lagi
  • allahyarham meninggal dalam keadaan tenang,wajah yang bersih juga berseri malah beliau telah disembahyangkan (solat jenazah)sebanyak 2 kali,sekali di surau dan sekali lagi dimasjid(waktu itu adalah masa solat jumaat).
  • beliau pernah mengupas isu mengenai pilih kasih di istana budaya (yg mmg terkenal KRONINYA) melalui rancangan fenomena anak seni yg diacarakan oleh rosyam nor malah beliau juga mengimpikan pementasan disana.
  • Dalam keadaan yang tidak sihat beliau masih memberi komitmen pada kerjaya namun beliau tidak sempat menghabiskannya yakni teater Petua perkahwinan yg sepatutnya diarahkan oleh beliau.teater ini masih dijalankan bagi meneruskan niatnya(now diarahkan oleh pak Yob orang kuat majlis teater KL).
The late Nasir Ali, was born on 17 January 1953 Die on 31 october 2008
maklumat ni diperolehi dari blog anak arwah,rakan2 arwah dan dari sumber boleh dipercayai.sekian

Tuesday, November 11, 2008

keratan MediA mengenai pemergiannya

NASIR ALI MENINGGAL DUNIA
SENIMAN dan aktivis teater Malaysia Nasir Ali telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.45 pagi tadi di rumahnya, di Bandar Sri Permaisuri. Allahyarham diberitakan mengalami demam sejak beberapa hari dan akhirnya ditewaskan oleh komplikasi penyakit kencing manis yang dideritainya sekian lama.Allahyarham adalah bintang ternama di televisyen dan layar perak Malaysia, manakala di pentas teater nama allahyarham tidak perlu diperkenalkan lagi. Allahyarham Nasir Ali, lulusan ijazah seni lakon dari institut berprestij National Institutes of Dramatic Arts (NIDA) Australia, dikenali seorang aktivis yang sangat lantang dan tegar dengan pendiriannya, tetapi memiliki jiwa yang tulen dan teguh dalam perjuangan seninya.Mekar Budaya Production mengucapkan takziah kepada balu allahyarham Puan Kadariyah Yup dan seluruh anggota keluarganya. Takziah juga kepada seluruh ahli Grup Teater Artis Kreatif (GERAK) yang kehilangan seorang pemimpin, yang juga pengasas kepada kumpulan ini. Semoga pemergian allahyarham - dalam kemuliaan Jumaat penghulu segala hari, bersama seluruh jasa dan budi baiknya di dunia ini - menempatkannya di kalangan orang yang beriman dan soleh.Al-Fatihah



Meninggal dalam tidur
Oleh Elrafaei Sapiahmadelrafaei@hmetro.com.my






TATAPAN TERAKHIR...Kadariyah (tiga duduk dari kiri) bersama rakan Allahyarham Mohamad Nasir.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan aktivitis teater, Mohamad Nasir Ali, 55, meninggal dunia di rumahnya, Bandar Sri Permaisuri, dekat sini, jam 3.45 pagi semalam.Isteri Allahyarham, Kadariyah Yup, 55, berkata suaminya yang menghidap penyakit kencing manis sejak empat tahun lalu, tidak sedarkan diri ketika tidur.Beliau yang berada di sisi suami sehingga saat akhir hayatnya berkata, Allahyarham tidak menunjukkan sebarang kesakitan sebelum menghembuskan nafas terakhir.“Jam 3 pagi, saya bangun mengerjakan solat tahajud dan membaca surah Yasin. Ketika itu, saya menyedari air mata suami mengalir dan pernafasan dia turun naik.
“Sejak menghidap kencing manis, badan dia selalu demam dan panas. Sebaik ambulans tiba, atendan beritahu saya, dia (Allahyarham) sudah meninggal dunia.
“Beberapa hari lalu, dia nampak sedih bila menyatakan hasrat mahu menghantar saya ke Kelana Jaya untuk pergi menunaikan haji pada 9 November ini. Jika diikutkan, kencing manisnya bertambah teruk dan merebak ke kaki.“Pada 13 Oktober lalu, dia dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan. Sehari selepas itu, doktor berkata jangkitan penyakitnya pada kaki kiri makin teruk dan perlu dipotong tetapi dia enggan.“Sudah bermacam ubat dia makan seperti kacip emas dan minuman susu kesihatan tetapi tiada perubahan. Saya reda dengan pemergiannya,” katanya.Allahyarham Nasir meninggalkan seorang balu dan empat anak, Darmawar Shahienas, 30, Nurulely Shafienas, 28, Nurul Ilya Shazannas, 25, dan Lelliyana Rus Shatznas, 18. Ketika hayatnya, Allahyarham pernah membintangi beberapa filem seperti Lagi-Lagi Senario, Anak Mami The Movie, Jutawan Fakir, Lady Boss, Anak Mami Kembali dan terbaru, Eee... Hantu!!!Selain filem, Allahyarham aktif dengan drama antaranya drama terbaru Alahai Anak Omak untuk tayangan Astro menyaksikan Allahyarham sebagai pelakon dan penolong pengarah bersama Yusof Wahab.Allahyarham juga sempat membintangi drama terbitan Rosyam Nor iaitu Kepadamu Kekasih yang menjalani penggambaran sebelum Ramadan lalu.Allahyarham juga ialah pengasas kumpulan teater, Group Teater Artis Kreatif (Gerak) sejak awal 80-an dan mengikuti kursus teater selama setahun di National Institute Of Dramatic Art, Sydney, Australia. Dia pernah mengarah dan berlakon teater Konvensyen Gila (1992), Bus Stop (1994) dan Orang-Orang Kecil (2003).Teater lakonannya Peran karya Datuk Noordin Hassan pada 1997 berjaya meraih johan pada Pertandingan Teater Peringkat Kebangsaan.Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Gombak, di sini, selepas solat Jumaat, semalam.


Inalillahi Wa Inaillaihi Rojiun

Al Fatihah!--- On Fri, 10/31/08, Shania Opal wrote:
From: Shania Opal Subject: Re: [ReSpeKs] Pelakon Nasir Ali meninggal dunia kerana kencing manisTo: ReSpeKs@yahoogroups.comDate: Friday, October 31, 2008, 2:04 AM
Semoga ruh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda;
"Siapa yang membaca Surah Yassin dengan tulus ikhlas
kerana Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya
yang lalu, maka bacakanlah pada orang yang akan mati
(atau bagi orang yang telah mati)." -
Riwayat Al-Baihaqi dan Maq'il bin Yasar

"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan
izin ALLAH, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.
Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya
Kami berikan kepadanya pahala dunia itu,
dan barang siapa menghendaki pahala akhirat,
Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat.
Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang
yang bersyukur" (Surah Ali Imran : Ayat 145)




cyBerita: Lelaman Internet Berita Harian Singapura.




Ekstra!
RINGKASAnktor watak jahat meninggal




PELAKON teater, drama dan filem Malaysia yang sering melakonkan watak jahat, Nasir Ali, telah meninggal dunia kerana komplikasi penyakit kencing manis.
Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur, pada pagi Jumaat lalu, lapor Utusan Malaysia.
Menurut isteri Allahyarham, Cik Kadariyah Yup, 55 tahun, suaminya mengalami demam pada awal pagi itu ekoran penyakit yang dideritainya itu sejak empat tahun lalu.
Allahyarham Nasir, 55 tahun, yang berasal dari Taiping, Perak, pernah dinasihati doktor agar memotong ibu jari kaki kirinya bagi mengelakkan komplikasi.
'Pada 13 Oktober lalu, arwah telah dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras kerana penyakit yang dihidapinya itu dan doktor mencadangkan agar ibu jari kaki kirinya dipotong supaya penyakitnya tidak merebak.
'Tetapi Allahyarham enggan dan keesokan harinya beliau dibenarkan keluar dari hospital tersebut. Sejak saat itu, beliau lebih banyak berehat dan berpantang di rumah,' kata Cik Kadariyah.
Drama terbaru lakonan Allahyarham ialah Alahai Anak Omak dan Kepadamu Kekasih yang penggambarannya dilakukan sebelum Ramadan lalu.




Pelakon Nasir Ali meninggal dunia

Mohamad Nasir Ali
KUALA LUMPUR: Dunia seni dan hiburan tanah air kehilangan seorang lagi pelakon apabila Mohamad Nasir Ali (gambar), 55, atau Nasir Ali meninggal dunia kira-kira jam 3.45 pagi semalam. Allahyarham yang turut dikenali sebagai penggiat teater menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bandar Seri Permaisuri, Cheras akibat penyakit kencing manis yang dihidap sejak empat tahun lalu. Jenazah pelakon yang berasal dari Pulau Pinang itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Gombak, selepas solat Jumaat.
Allahyarham meninggalkan isteri, Kadariyah Yup, 55, serta empat cahaya mata, semuanya perempuan, Darmawar Shahienas, 30; Nurulely Shafienas, 28; Nur Illya Shazanas, 25 dan Ieliyana Rus Shatznas, 18 serta dua cucu. Kadariyah berkata, pada waktu itu hanya dia serta anak ketiga berada di rumah. Anak sulung mereka menetap di Kanada manakala yang kedua bertugas di Mersing, Johor. Nasir yang menghidap kencing manis sejak empat tahun lalu sepatutnya menjalani pembedahan membuang ibu jari kaki kiri pada 14 Oktober lalu dan dimasukkan ke wad sehari sebelum itu.
Bagaimanapun, Allahyarham meminta izin dari doktor untuk keluar dari wad lebih awal kerana mahu menjalani rawatan alternatif. “Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan. Cuma dia ada menyuarakan kebimbangan tidak dapat menghantar saya menunaikan haji pada 9 November ini kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan. “Tak sangka pula dia akan pergi dan saya berhasrat untuk membuat upah haji untuk arwah,” kata Kadariyah. Kadariyah berkata, setiap malam dia akan membaca Yassin dan pagi semalam dia mendapati Allahyarham mengalirkan air mata dan merenung ke arahnya.
Selepas itu katanya, dia melihat nafas Allahyarham turun naik dan tidak lama selepas itu nafasnya terhenti dan dia cuba mengejutkan Allahyarham tetapi tidak berjawab. Anak ketiga allahyarham cuba memberi bantuan CPR sementara menanti ambulan

Katanya, oleh kerana tubuhnya masih lagi panas, dia segera menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan. “Bagaimanapun, pembantu perubatan ambulans itu memberitahu saya arwah sudah meninggal dunia,” katanya. Nasir yang terbabit dalam dunia seni sejak 1970, sudah berlakon dalam beratus drama dan juga filem. Allahyarham banyak berlakon dalam drama arahan Profesor Madya Razak Mohaideen antaranya Anak Mami The Movie, Lady Boss, Jutawan Fakir dan Hingga Hujung Nyawa.



Posted by [ chaos_two ] on 1.11.08 04:09 (243 reads)
31/10/2008 3:22pmOleh ABD. AZIZ ITARKUALA LUMPUR 31 Okt. - Pelakon teater, drama dan filem yang terkenal dengan watak jahat, Nasir Ali meninggal dunia kerana penyakit kencing manis di kediamannya di Bandar Sri Permaisuri di sini pada pukul 3.45 pagi tadi.Menurut isteri Allahyarham, Kadariyah Yup, 55, suaminya menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami demam pada awal pagi tadi ekoran penyakit yang dideritainya itu sejak empat tahun lalu.more...Allahyarham yang berusia 55 tahun dan berasal dari Taiping dan dibesarkan di Butterworth itu menghidap kencing manis yang serius.Nasir juga pernah dinasihati oleh doktor agar memotong ibu jari kaki kirinya bagi mengelakkan ia merebak.``Pada 13 Oktober lalu, arwah telah dibawa ke HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) di Cheras kerana penyakit yang dihidapinya itu. Doktor mencadangkan agar ibu jari kaki kirinya dipotong supaya penyakitnya tidak merebak.``Tetapi Allahyarham enggan dan keesokan harinya dibenarkan keluar dari hospital tersebut. Sejak saat itu, beliau lebih banyak berehat dan berpantang di rumah,’’ katanya ketika ditemui di kediamannya di Apartmen Cemara di sini.Jelas Kadariyah, awal pagi tadi, kesihatan Allahyarham yang mempunyai empat orang anak dan dua orang cucu itu semakin tenat apabila keadaan suhu badannya panas menyebabkan beliau menghubungi ambulans.Kata isteri pelakon yang mempunyai ijazah seni lakonan dari National University of Dramatic Arts, Sydney, Australia pada tahun 1994 itu, beliau sempat membacakan surah Yassin sebelum Allahyarham meninggal dunia.``Selepas saya habis membacakan surah Yassin di sisinya, suami saya kelihatan diam tanpa berkata apa-apa, tetapi saya melihat air matanya mengalir. Tidak lama selepas itu barulah beliau meninggal dunia,’’ ujarnya.Allahyarham yang dilahirkan pada 17 Januari 1953 sewaktu hayatnya terkenal sebagai aktivis teater dan merupakan Presiden Grup Teater Arts Kreatif yang ditubuhkannya pada 1989 dengan aktif berlakon serta mengarahkan teater.Antara teater lakonan dan arahan beliau berjudul Jebat, Orliana, The Three Sister, Mac Back, Konvensyen Gila, Pran, Bus Stop dan Orang-Orang Kecil, selain turut berlakon filem seperti Mekanik, Hingga Hujung Nyawa dan Senario The Movie.Tambah Kadariyah lagi, sepanjang karier sebagai pelakon, antara kejayaan Allahyarham ialah beliau pernah diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa menerusi drama Kurnia pada tahun 1995 dan Esah Swinger (1996).Malah, Allahyarham juga pernah mengungguli anugerah Pengarah dan Pelakon Teater Terbaik pada 1987 menerusi teater berjudul Pran.Nasir Ali atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Ali memulakan kerjayanya sebagai pelakon teater pada tahun 1974 dan Liku-Liku Hidup merupakan teater pertama lakonannya yang dipentaskan di Kompleks Budaya Negara (sekarang dikenali sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) di Padang Merbok, Kuala Lumpur.Drama terbaru lakonan Allahyarham berjudul Alahai Anak Omak dan Kepadamu Kekasih telah menjalani penggambarannya sebelum bulan Ramadan lalu dan ia akan ditayangkan di televisyen tidak lama lagi.sumber : utusan online

PerGinya Seorang BeLasunGkawa (Nasir aLi the GreaT the Talented)

03 November 2008 : Harian MetroBELASUNGKAWA MOHAMAD NASIR ALI (1953-2008): NASIR PELAKON GIGIH

Oleh Elrafaei Sapi
KETIKA hayat dikandung badan,
Allahyarham Mohamad Nasir Ali, 55, gigih berlakon. Walaupun sekadar watak pembantu, ia bukan alasan untuknya menolak rezeki. Malah, di kalangan rakan rapat yang mengenali Allahyarham sedia maklum beliau begitu bersemangat untuk berlakon.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.45 pagi Jumaat lalu di kediamannya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur, akibat penyakit kencing manis. Ketika meninggal dunia, isterinya Kadariyah Yup berada di sisi Allahyarham.Sebelum jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak, selepas solat Jumaat, beberapa kenalan sempat menjenguk buat kali terakhir. Antara yang kelihatan
Baharuddin Omar, Yalal Chin, Rosyam Nor, Zulkifli Ismail, Mohamad Fathil Mohamad Dani dan Ebby Yus.Pelakon popular, Rosyam Nor berkata semangat berlakon ditunjukkan Allahyarham berbeza dengan pelakon lain. Pernah bekerjasama untuk membintangi beberapa drama terbitan Suhan Movies, Rosyam tidak menyangka lakonan Allahyarham menerusi drama terbaru Kepadamu Kekasih adalah terakhir buatnya.Dalam drama arahan Haris Kadir itu, Allahyarham melakonkan karakter bapa yang mengidap penyakit strok hingga watak itu meninggal dunia. Allahyarham sempat berlakon dalam drama itu ketika penggambaran dilakukan sebelum Ramadan lalu."Ketika berlakon, dia nampak macam biasa walaupun kenalan rapat tahu dia mengidap kencing manis. Sepanjang mengenalinya, dia menunjukkan minat mendalam untuk berlakon."Baginya, dia tidak kisah berlakon apa saja watak. Pernah apabila saya bercerita dengan dia mengenai tawaran berlakon lain yang jauh dari Kuala Lumpur, dia tetap berminat untuk berlakon."Katanya, dia sanggup berlakon walaupun lokasi penggambaran jauh. Jarang dia menolak tawaran berlakon yang diberikan padanya."Boleh dikatakan, dia sanggup memperhambakan diri terhadap lakonan. Ini terbukti apabila semangat berlakon tidak pernah padam dalam diri hingga ke akhir hayat," katanya.Allahyarham juga berkesempatan membintangi drama terbaru, Alahai Anak Omak arahan Yusof Wahab yang menjalani penggambaran ketika Ramadan lalu. Menariknya, Allahyarham bukan saja ditawarkan untuk berlakon, tetapi diberi kepercayaan sebagai penolong pengarah.
Bagi Zulkifli Ismail, 45, perkenalan bersama Allahyarham bermula sejak awal 80-an meninggalkan banyak kenangan padanya. Mengimbas kembali kenangan lalu, Zulkifli sering kali mengikuti perkembangan Allahyarham menerusi aktiviti teater yang disertainya.
"Ketika itu pada 1983, saya belum berlakon dan masih bekerja sebagai wartawan. Namun, saya sering mengikuti perkembangannya yang aktif berlakon teater pada masa itu."Apabila saya melihat dia berlakon, saya juga berminat untuk cuba berlakon. Dalam usaha mencari peluang berlakon, suatu hari dia memberitahu saya supaya menghubungi seseorang di TV3 jika mahu berlakon."Lalu, sebaik saya menghubungi kenalannya, saya tidak menyangka saya dapat tawaran itu. Menariknya, saya ditawarkan watak hero menerusi drama Basikalku."Tidak mungkin saya melupakan jasa dia yang membawa saya ke bidang lakonan. Jika dilihat pada karakter, dia seorang yang sederhana dan tidak terlalu berbangga diri sebagai pelakon."Kehidupannya sama seperti orang lain dan sering ke mana-mana dengan motosikal," katanya.Sepanjang hidup, Allahyarham pernah membintangi enam filem iaitu
Lagi-Lagi Senario pada 2001, Anak Mami The Movie (2002), Jutawan Fakir (2003), Lady Boss dan Anak Mami Kembali (2005) serta terbaru, Eee... Hantu!!! yang bakal ditayangkan pada tahun depan.Allahyarham juga aktif dalam bidang teater sebagai pengarah dan pelakon seperti pementasan Konvensyen Gila (1992), Bus Stop (1994) dan Orang-Orang Kecil (2003). Menariknya, Allahyarham adalah Pengasas kumpulan teater, Group Teater Artis Kreatif (Gerak) sejak awal 80-an dan pernah menimba kursus teater di National Institute Of Dramatic Art, Sydney, Australia. Pelakon Mohamad Fathil Mohamad Dani, 47, pula mengakui Allahyarham enggan mengalah pada penyakit yang dihadapi ketika bekerja. Apa yang ditunjukkan, Allahyarham bekerja dengan bersungguh-sungguh."Ada ketika, saya nampak dia sakit ketika berlakon. Namun selepas berehat seketika, dia masih bersemangat untuk sambung kembali."Saya menghormati semangat kerja dalam diri dia. Bukan semua orang bersemangat sepertinya dan karakternya patut dicontohi," katanya.

Besarnya Jasa SHAH RUKH KHAN kan..kan...!.




Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi negeri ini melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia.Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk "One Two Ka Four" di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas."Salah satu lagu dalam filem berkenaan dibuat penggambaran di A Famosa Resort di Alor Gajah. Ini telah menyebabkan jutaan orang yang menonton filem itu mengenali Melaka," katanya.Mohd Ali berkata penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang.Menurutnya bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mencadangkan kepada Mohd Khalil supaya pelakon Bollywood itu diberi anugerah bagi membantu Melaka menjadi terus popular.Katanya Tun Daim sedang menguruskan tarikh yang sesuai untuk membawa Shah Rukh Khan datang ke Melaka menerima anugerah berkenaan, mungkin dalam tempoh sebulan ini.


p/s aku teringat satu blog ku baca......

kenapa anugerah datuk tu x dapat kat bobby deol (aktor bollywood,anak pd dharmeda n hema malini)pada hal hampir 80 peratus pengambarannya di sekitar KLCC,PuTraJAYA dan Sekitar KL jugak hehe malah cerita tu dah tayang pun.tajuknya "JURM"(sejak bila pelakon menentukan lokasi tempat shooting)

tepuk dada tanya niat jgn tepuk kuat sangat kang mati sapa mau jawab..