Friday, January 30, 2009

Biodata Allahyarham Nasir Ali (on progress)

bukan kami tidak ada bahan tapi bahannya bukan hanya satu,kami perlu buat research dan mencari kewujudan sesuatu artikel sama ada benar atau tidak.coz mencari maklumat untuk orang yg telah pergi bukan perkara yg mudah..so seperti yg dijanjikan inilah antara biodata allahyarham Nasir ALi..maaflah masih on progress but if u all ada maklumat boleh lah email kat wormz acting_art@yahoo.com

MOHMAD NASIR B.HJ ALI(Nasir ALi)
17 jan 1953
anak pertama dari 4 org adik beradik(Saiful Akmar Ali,prof Soraya Ali and Shamsul Kamal ali.
dilahirkan di perak dan dibesarkan di pulau pinang
mendirikan rumah tangga bersam pn kadariyah pd tahun 1975
dikurniakan 4 orang anak perempuan,seorang menantu dan 2 orang cucu lelaki



yang pertama kini di kanada dan telah bkeluarga yang ke 2 bekerja di johor (merupakan bekas graduate IT) yang ke 3 bekerja dibelakang tabir juga merupakan seorang editor bebas (merupakan bekas graduate graphic multimedia dan juga student broadcast) yang ke 4 masih menuntut di IPTA area KL (merupakan student engineering)



Tentang Arwah Nasir Ali
dikenali seorang aktivis yang sangat lantang dan tegar dengan pendiriannya, tetapi memiliki jiwa yang tulen dan teguh dalam perjuangan seninya..seorang aktif dlm seni silat dan seni lakonan terutamanya dlm teaterbeliau menubuhkan GERAK (kelab teater yg asal namanya kelab teater bandar tun razak)gerak telah byk menyumbang dlm melahirkan ramai artis terkemuka.malah gerak jugapernah mengondoli beberapa kemenangan dlm dunia teater.malah arwah nasir juga turut beberapa kalimenerima anugerah pengarah terbaik,juga juga pelakon terbaik dan sebagainya satu tika dulu..
beliau sangat menyintai dunia seni malah sanggup menerima apa saja watak tidak kira di mana lokasi pengambaran sehingga adakalanya bayaran yg diterima tidak setimpal malah pernah juga tertipu sekali dalam soal bayaran.jika diamati dari lakonannya tidak seorg pun mengerti derita yg di alami.beliau mampu pegang lebih dari satu watak..bila memegang watak jahat buat kita jadi geram,bila lucu buat kita tertawa,bila sedih buat kita terharu..malah turut di akui rakan artis yg pernah melihat sendiri keadaan arwah nasir ali ketika hidupnya wlu sakit letih bagaimana pun,tapi bila pengambaran bermula beliau akan terus bersemangatdan jika di lihat di lakon layarnya sudah pasti kita tidak dapat menduga keadaannya.sy masih ingat filem bujang senang arwah nasir ali pernah memegang satu watak yg merupakan majikan stesen minyak kepada fasya sadha,jika diperhatikan ketika dalam scene berikut anda akan melihatarwah memakai selipar tidur berbentuk harimau(ESSO) pd kita..itu nampak lucu tp hakikatnya pd waktu itu beliau menyembunyikan sakit pd kalangan peminat,(x percaya? cuba perhati bila anda menonton cerita tersebut...)

merupakan seorang guru teater dan penuntut NIDA univercity,sdney australia pernah membuat dan mengarah pementasan di sdyney antara tajuknyaJebat, Orliana, The Three Sister, Mac Back(beliau pernah ditawarkan kerja sebagai anak seni disana namun beliau memilih malaysia,beliau mahu berkongsi ilmu dibumi sendiri)malah turut menyimpan impian agar suatu hari nanti beliau dapat membuat pementasan di istana budaya.oh ya allahyarham nasir ali juga merupakan anak didik kepada allahyarham MUSTPHA NOR(siapa yg pernah lihat filem mawar merah sure tahu)

mula berkecimpung seni lakonan secara serius dari tahun 1970an
teater

Liku-Liku Hidup
Konvensyen Gila,
Pran,
hajat
Bus Stop
Orang-Orang Kecil dan beberapa lagi

filem
mekanik

ujang
rentak desa
tuah
hingga hujung nyawa
bujang senang
mami jarum junior
lagi-lagi senario
anak mami the movie
jutawan fakir
lady boss
Anak mami kembali
mami jarum
ee..hantu

drama
Guru Yahya
Bunga-Bunga cinta
pelangi dimuara
ulik mayang
pendekar kundur
gigit tsepit
esah swinger
kurnia
meniti senja
besi buruk
taubat
kepadamu kekasih
dinasti bilut
bkn yg pertama
renjis(2)
alahai anak omak


on progress...........cz banyak lagi nak research cerita2 yg pernah di dilakonkan/diarahkan olehnya



artikel lama pasal arwah, tahun 2005


Nasir Ali - Anak Melayu kedua dapat ijazah lakonan dari Sydney
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

MELIHAT pada penampilannya yang ala kadar, pasti ada yang tidak percaya bahawa Nasir Ali merupakan salah seorang pelakon berbakat.

Siapa hendak percaya kerana kebanyakan artis tempatan kalau muncul di khalayak, perkara utama yang dititik beratkan adalah imej.

Berlainan sekali dengan Nasir kerana padanya imej bukanlah persoalan utama. Perkara yang amat diambil kira adalah mutu lakonan.

Menceritakan mengenai imejnya yang ala kadar itu, Nasir yang pernah menuntut di National University of Dramatic Arts, Sydney, Australia selama dua tahun pada 1994 berkata, sewaktu majlis konvokesyen hanya dia seorang sahaja siswa yang berpakaian kemas berbanding yang lain.

"Kita orang Malaysia biasalah kalau nak terima ijazah mesti pakai kemas, dia orang ada yang pakai jeans koyak dan kemeja T sahaja.

"Dari situ saya dapat lihat bahawa orang teater sebenarnya tidak begitu mengambil berat tentang imej berbanding pelakon layar perak. Pada kami yang lebih penting adalah mutu lakonan yang dipersembahkan,'' katanya yang merupakan anak Melayu kedua selepas pelakon dan pengarah Ahmad Yatim menerima ijazah daripada universiti tersebut.

Selama dua tahun di sana, Nasir berpeluang mengadakan persembahan pentas What Is Our Lovely War di Sydney Opera.

Selain itu ketika menuntut di Sydney, Ali juga telah mementaskan teater Jebat karya Usman Awang dalam versi Inggeris. Lain-lain teater arahannya ialah Orliana, The Three Sister dan Mac Back.

"Biarpun saya orang luar tapi tetap mendapat sanjungan kerana orang di sana lebih senang menilai kita berdasarkan lakonan.

"Memang rasa bangga dapat beraksi di pentas ternama itu bersama pelakon-pelakon hebat di sana," ceritanya tentang pengalaman silam bersama Sydney Teater Company.

Bila sudah berpeluang mengadakan persembahan di pentas berprestij itu, Nasir terus menyimpan impian untuk berkongsi pengalamannya dengan anak seni tempatan di panggung Istana Budaya (IB).

Malangnya sehingga kini dia tidak berupaya untuk melontarkan niatnya itu kepada pihak berkenaan.

"Impian saya bila balik ke tanah air, berpeluang mengadakan persembahan di IB tetapi sampai sekarang impian tinggal impian.

"Ini kerana tidak ada orang yang hendak memberi ruang kepada penggiat seni seperti saya mengadakan persembahan di IB,'' katanya yang merupakan presiden Grup Teater Arts Kreatif yang ditubuhkan sejak 1989.

Dia yang enggan bercerita tentang usia dan ahli keluarga itu pernah diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Seri Angkasa menerusi drama Kurnia (1995) dan Esah Swinger (1996).

Nasir yang lantang bila berbicara itu sebaik sahaja bersara daripada sebuah badan kerajaan pada tahun 1997 terus menumpukan perhatian pada lakonan.

"Kalau pelakon lain mewah, saya macam inilah. Nak harap duit lakonan berapa sangat sebab berlakon pun satu dua sahaja. Sebenarnya saya berupaya melakonkan apa sahaja watak,''katanya serius.

Tidak dinafikan kata-katanya itu ada kebenarannya. Gara-gara lakonannya yang bermutu itulah, kemunculannya walaupun hanya seketika sebagai Benggali dalam filem Mekanik arahan Othman Hafsham, terus menjadi ingatan ramai.

Watak terbarunya yang berjaya membuat penonton terus ingat ialah sebagai ceti dalam filem Hingga Hujung Nyawa.

Kata Nasir, selain itu wataknya sebagai orang gila dalam drama Guru Yahya juga merupakan satu lakonan yang berkesan.

Menurut pelakon kelahiran Taiping, Perak dan dibesarkan di Butterworth, Pulau Pinang itu, bukan mudah untuk melakonkan watak yang bertentangan dengan diri sendiri.

"Untuk berlakon sebagai orang gila bukanlah perkara mudah. Saya pernah pergi ke Hospital Tanjung Rambutan untuk memerhati gelagat pesakit sebagai persiapan untuk lakonan Konvensyen Gila pada 1990.

"Bagi saya seorang pelakon tidak boleh memilih watak kerana seorang pelakon perlu pelbagaikan karakter untuk menjadi pelakon serba boleh," katanya.

Dia yang sudah membabitkan diri dalam bidang lakonan sejak 28 tahun lalu bukanlah calang-calang orang.

Nasir memulakan karier dalam bidang lakonan menerusi teater pada tahun 1974. Teater pertama lakonannya ialah Liku-Liku Hidup yang dipentaskan di Kompleks Budaya Negara, Padang Merbok (sekarang Akademi Seni Kebangsaan).

Selain berlakon, Nasir juga bertindak sebagai pengarah teater. Minatnya yang mendalam terhadap teater membolehkan dia diangkat sebagai Pengarah dan Pelakon Teater Terbaik pada tahun 1987 menerusi drama pentas Pran.

Beliau baru sahaja selesai mengarahkan teater Ledak Kebangkitan yang dipentaskan di Panggung Bandaraya baru-baru ini.


Thursday, January 22, 2009

semoga Uncle M.rajoli sembuh sediakala




SELEPAS setahun berlalu, pelakon versatil, M Rajoli yang menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma kini menunjukkan perubahan positif apabila mampu berdiri sendiri walaupun terpaksa berpaut untuk menyokongnya.
Sejak menjalani pembedahan di bahagian otak di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 11 Oktober tahun lalu, M Rajoli atau nama sebenarnya, Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed disahkan lemah saraf sehingga menyukarkannya bergerak.
Dia kemudian keluar masuk HKL dan Hospital Ampang menjalani rawatan lanjut termasuk kimoterapi dalam tempoh setahun. Selesai rawatan kimoterapi, M Rajoli seterusnya menjalani fisioterapi di Bains Physio, Taman Melawati, Hulu Klang bermula Mei lalu.
Ketika ditemui di pusat rawatan berkenaan baru-baru ini, M Rajoli tekun menjalani latihan pemulihan merangkumi rawatan ultra sound, berjalan, urutan dan beberapa aktiviti di gimnasium.
“Alhamdulillah, sejak membuat fisioterapi, banyak perubahan pada diri saya. Kalau dulu tidak boleh berdiri, kini saya boleh cuba berdiri walaupun dengan berpaut. Saya sekarang memberi tumpuan penuh menjalani fisioterapi tiga kali seminggu iaitu Rabu, Khamis dan Jumaat.
“Syukur juga kerana pada Ramadan lalu, saya dapat berpuasa penuh seperti sebelumnya dan turut bersahur serta berbuka bersama keluarga. Malah, saya juga boleh makan apa saja dan tidak berpantang. Saya paling suka makan udang,” katanya yang kelihatan ceria walaupun bercakap perlahan-lahan.
Walaupun tidak dapat berjalan sendiri, M Rajoli gembira kerana dapat menyambut Aidilfitri di kampung isteri pertama, Hassimah Mat Din di Melaka selama dua hari dan empat anaknya sempat membawanya bersiar-siar di bandar Melaka.
Kebiasaannya, aktor kelahiran Pasir Mas, Kelantan pada 7 April 1945 itu berpuasa sunat dua bulan terus pada Rejab dan Syaaban sebelum disusuli puasa wajib pada Ramadan. Namun kali ini, dia hanya dapat berpuasa sebulan pada Ramadan saja kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Sementara itu isteri keduanya, Wan Chik Othman atau lebih dikenali sebagai Wan Chik Daud berkata, dia berterima kasih kepada beberapa agensi kerajaan dan produser filem seperti David Teo, Datuk Yusof Haslam serta Rashid Sibir yang memberi sumbangan selain sentiasa bertanya khabar perkembangan suaminya.
“Begitu juga dengan persatuan seni tanah air seperti Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang memberikan pencen kepada suami sejak tahun lalu walaupun dia belum menjadi ahli. Ia diberikan atas dasar M Rajoli nama besar dalam industri seni tanah air, jadi soal keahlian tidak menjadi halangan.

bienda


BIENDA KINI BERTARUNG NYAWA




SEJAK hujung tahun lalu dadanya sering saja sakit. Mulanya dia menyangka ia sekadar sakit biasa sebaliknya penyanyi nasyid Bienda terpaksa menerima hakikat dia menghidap sakit jantung berlubang. Mujurlah ia dapat dikesan pada peringkat awal ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta baru-baru ini. Bagaimanapun ketika doktor pemeriksa degupan jantung Bienda, bunyinya seakan berbeza menyebabkan dia diarah merujuk kes berkenaan ke hospital.Mungkin sudah takdir, akhirnya Bienda atau nama sebenarnya Norrazlinda Razli, 22, terpaksa menerima hakikat terdapat lubang sedalam 25 milimeter pada bahagian kiri jantungnya. Lebih mengejutkan, pihak hospital memaklumkan peruntukan untuk melakukan pembedahan jantung itu memerlukan kos sekitar RM50,000. Mana hendak dicari duit sebanyak itu? Persembahan pentas pun bukannya ada. Itulah nasib mereka. Hendak meminta malu tetapi jika tidak berbuat demikian bimbang penyakit itu akan melarat.Mungkin sudah rezeki dari Tuhan, beban itu dapat juga dikurangkan apabila Pergerakan Pemuda UMNO pada 2 Januari lalu memaklumkan kesediaan mereka menghulurkan sumbangan RM25,000. Melalui Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang membantu berusaha mendapatkan peruntukan itu, paling tidak kedua-dua beranak tersebut mampu juga menarik nafas lega.