PERGINYA SEORANG BELASUNGKAWA. Dedicate to memory of Nasir Ali TALENTED Artist(Actor /Director)A GooDman As a SiFoo,Teacher,Brother,Friend and Also A good Father beliau merupakan pelakon yang mampu membawa pelbagai watak tidak kira apa saja.perginya beliau makin sunyilah pentas teater dan lakon layar begitu juga pada Artis2 lain yang telah pergi ke rahmatullah tanpa sebarang penghargaan dan pengiktrafan.PeRgi BeliaU tanPa Ganti. Blog INI adalah Penghargaan dan Pengiktarafan Kami.
Thursday, August 13, 2009
ustaz asri rabbani meninggal???
berita yg ku dengar beliau rebah diperkarangan RTM,puncanya belum aku ketahui tapi ada gak yg kata heart attack wallahualam....apa pun esok pasti akan ada maklumat lengkapnya...
Pada yang mengenali mahu pun yang meminati kumpulan nasyid yg juga terkenal dengan lagu PERGI TAK KEMBALI.sebagai seorang islam marilah kita sama2 menghadiahkan alfatihah dan kita sama2 doakan agar rohnya ditempatkan dikalangan org yg beriman soleh..dan pada yg bukan islam harap dpt bertafakur dgn cara tersendiri...
Sunday, July 26, 2009
al fatihah YASMIN AHMAD

pd 23 hb dikejutkan berita tentang yasmin ahmad meninggal dunia akibat strok,ketika itu beliau ditv3.but selepas bberapa minit ada berita baru muncul mengatakan beliau masih hidup dan berada di icu.pada esok harinya pula diakhbar terpapang berita gembira mengenai yasmin ahmad dlm keadaan stabil tp masih koma dan semalam pula dunia seni dikejutkan sekali lagi berita pemergiaannya,sama2la kita berdoa agar allah mcucuri rahmat ke atas rohnya dan moga ditempatkan dikalangan org beriman AL fatihah for YASMIN AHMAD jasa beliau dan karya2 akan terus dikenang.
berikut adalah sebahagian dari berita tentangnya:-
Satu sidang media telah diadakan tadi di Hospital Pakar Perubatan Damansara di mana adik ipar Yasmin Ahmad, pakar bedah neuro Dr Zakaria Zahari, memaklumkan kepada para wartawan bahawa Yasmin telah mengalami serangan strok.
“Terdapat pendarahan di bahagian otaknya dan dia telah pun menjalani pembedahan untuk mengurangkan bengkaknya,” kata Dr Zahari.
Tambahnya, walaupun keadaan Yasmin buat masa ini agak stabil namun dalam lingkungan beberapa jam selepas pembedahan adalah kritikal. Ketika ini, jantungnya disokong oleh ubat-ubatan.
Turut hadir pada sidang media tadi ialah Dr Jemilah Mahmood, kawan karib Yasmin. Bercakap bagi pihak keluarga Yasmin, Dr Jamilah memberitahu Yasmin berada di bawah penjagaan yang terbaik di hospital tersebut.
“Pihak keluarga Yasmin mengharapkan tidak akan ada spekulasi, khabar angin mengenai keadaannya kerana ini hanya akan melukakan hati keluarganya di samping menambahkan lagi tekanan mereka yang tidak putus-putus menerima panggilan dan SMS bertanyakan keadaan Yasmin. Keluarga Yasmin berharap anda semua akan berdoa untuknya.”
Berita terkini:
Ibu bapa Yasmin tiba di hospital dari Langkawi pada jam 9.20 malam. Di lobi hospital, ibu Yasmin yang kelihatan uzur dan terpaksa dipapah ahli keluarga, tidak dapat mengawal emosinyaPengarah filem terkenal Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam tadi di Hospital Pakar Damansara.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.
Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan. Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. Pembedahan dilakukan sejurus serangan strok itu namum gagal menyelamatkan nyawa arwah. Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak.
Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS16, Subang Jaya sebelum solat Zohor, hari ini (26 Julai).
Semasa menghembuskan nafas terakhirnya, turut bersama Yasmin ialah, suaminya, Tan Yew Leong, adik Yasmin, Datin Orked, adik iparnya, Dr. Zakaria Zahri dan beberapa doktor yang merawat Yasmin.
Al-Fatihah kami ucapakan buat arwah Yasmin Ahmad, Semoga rohnya ditempatkan-Nya di dalam golongan orang2 beriman..Amin.
Yasmin Ahmad…1958 – 2009
BERIKUT adalah profil Yasmin dan pencapaian yang pernah diraihnya selama ini.
Nama : Yasmin Ahmad
Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit
Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor
Tarikh Lahir: 1958
Meninggal Dunia : 26 Julai 2009
Status Perkahwinan: Berkahwin
Suami: Abdullah Tan Yew Leong (berkahwin Januari 2003)
AKADEMIK
Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
PROFIL KARIER
Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett
2003-2009 Pengarah FilemFilem:2003 Rabun2005 Sepet2006 Gubra2007 Mukhsin
Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)
Berlakon Dalam Drama:2003 Min2006 Tai yang yue (Rain Dogs)
Penerbit:2005 Raining Amber
ANUGERAH
* Biasiswa, Kementerian Pendidikan* Juara, Talentime Ested Fodd, Wales
PENCAPAIAN LAIN
1975 Naib Johan, Bintang RTM ‘75
2003 Filem ASEAN Terbaik (Rabun), Anugerah Video Malaysia ke-8, Kuala Lumpur
2004 Filem Reka Bentuk Terbaik ASEAN (Sepet), Anugerah Video Malaysia ke-9
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2005 Cerita Asal Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Poster Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM)
2005 Filem Asia Terbaik (Sepet), Festival Filem Antarabangsa Tokyo
2005 Filem Terbaik (Sepet), Global Chinese Golden Arts, Genting Highlands
2006 Filem Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Pelakon Wanita Terbaik (Gubra),Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Lakon Layar Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Poster Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2007 Pingat perak (Mukhsin), Netpac Festival, Jojagkarta
2007 Anugerah Filem Terbaik Kategori Generasi Baru (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Tempat kedua Anugerah Juri Kanak-Kanak (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Filem Cereka Terbaik Asia Tenggara (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Cinemanila, Filipina
ps: seorang demi seorang seniman yang hebat telah pergi meninggalkan persada seni dan tak kembali:, hargaila mereka seboleh2nya ketika mereka masih ada.dan bila mereka telah tiada kenangkan la mereka dan jasa2 dan sumbangan mereka dipersada dunia seni kerana ada mereka baru lah ada sebuah cerita dipersada seni kerana kualiti mereka adalah yang terbaik dari sekarang..belajar dari yg lepas bkn belajar terus GILA GLAMOUR OR MONEY...
http://yasminthefilmmaker.blogspot.com/
Tuesday, July 7, 2009
finally....
It is now Datuk Sudirman Arshad
PEKAN: One of Malaysia’s greatest singing sensations, the late Sudirman Arshad, was awarded a posthumous Datukship by the Sultan of Pahang, Sultan Ahmad Shah, at Istana Abu Bakar here Thursday.
Sudirman (1954-992), burst onto the local entertainment scene when he won the local talent contest Bintang RTM in 1976 before going on to establish a lucrative chart-topping career.
He was known as the “Singing Lawyer” and the “Elvis of Malaysia,” recording hits not only in Malaysia but also in other countries around the region.
His performances brought him standing ovations in Australia, Japan, Kuwait and the United States.
He was named a “Singing Ambassador” by the Malaysia Tourism Development Board and his rendition of the To know Malaysia is to love Malaysia is still played in promotions.
One of the many high points in his career was on April 15, 1986, when he held an open air concert at Chow Kit Road in Kuala Lumpur, believed to have been the country’s first ever “street concert.”
A crowd of more than 100,000 jammed the streets, leading The Star then to report that “KL came to a standstill and it had nothing to do with the recession but with one man, Malaysia’s top entertainer,” adding that it was “an electrifying performance and a most memorable night.”
He won the title of “Best Performer” at the Asia Music Awards 1989 held at the Royal Albert Hall in London.
He died at the age of 37 on Feb 22 in 1992 after suffering a stroke as a result of a cerebrovascular disease.
wormz/senpai: adalah baik hargai ketika hidup..bayangkan kalau yang sebatang kara..
BERBANGGAHKAH ANDA
SebelumnyaShahrukh Khan yang banyak digilai para peminat wanita ini dalam sebuahwawancara di sebuah majalah mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW merupakan salah seorang tokoh yang paling tidak berpengaruh sepanjangsejarah dunia, malah tidak setanding dengan populariti Adolf Hitler danWinston Churchill. shah rukh pernah turut menyamakan nabi muhammad seperti adolf hitler tidak seperti mother teresa dan mahatma gandhi yang shah rukh khan agungkan...
"Seseorangyang membuat ucapan seperti Shahkhrukh Khan itu adalah kafir dan keluardari Islam," kata fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Muhammad Shoib RazaQadri dan Mufti Mutiur Rahman dari Madraasah Darul Ulum MazharilIslam., India. "Dalam sebuah negara Islam, seseorang yang membuatkomentar seperti itu harus mempertanggung jawabkan kenyataanya dengandibunuh. Pernikahan Shahrukh Khan juga tidak sah dan status keIslamannya menjadi batal dan jatuh kafir serta dia tidak bolehdikebumikan dalam tanah perkuburan kaum Muslimin. Orang seperti ituharus segara bertaubat dan meminta maaf untuk kembali ke dalam Islam,"kata fatwa tersebut.
ShahrukhKhan dengan tegas menolak komen yang diberikannya di majalah itu denganmenyatakan majalah tersebut tersalah tulis apa yang diucapkannya. Shahrukh Khan sendiri meskipun beragama Islam namun dirinya beristeri seorang penganut agama Hindu.
bak kata nabil : LU PIKIRLA SENDIRI
Sunday, June 14, 2009
ALfatihah atas pemergian seorang lagi seniman..

Antara drama yang pernah dibintangi Allahyarham ialah Airmata Maria, A.D.A.M, Hadiah Pengorbanan, Cinta Keropok Lekor, Manjalara Cinta Gila dan Rempit Vs Impak Maksima. Ketika usia mudanya, Allahyarham mendapat pendidikan di merata tempat termasuk Sekolah St Michael, Alor Star dan Sekolah Jalan Raja Muda yang dulunya dikenali dengan Princess Road School. Barah pankreas dihidapi Shukery mencapai tahap empat pada Mac lalu. Allahyarham memang tidak tahu dirinya menghidap kanser, namun, Allahyarham mengalami sakit perut berlarutan sejak dua bulan lalu yang menyebabkannya melakukan pemeriksaan lanjut di Hospital Ampang. Apabila pemeriksaan x-ray dilakukan, doktor mendapati terdapat bengkak di pankreas dan kesnya dirujuk ke Hospital Selayang untuk pembedahan dan Allahyarham disahkan menghidap kanser pankreas tahap serius yang sudah merebak ke hati.Dimasukkan ke Hospital Selayang pada 22 April lalu, dua hari selepas itu yakni pada 24 April Allahyarham menjalani pembedahan membuang pankreas yang rosak selama enam jam. Allahyarham dibenarkan pulang ke rumah pada 27 April lalu.Apapun, penyakit barah dihidap Allahyarham tidak menunjukkan perubahan walaupun selepas dibedah. Bagaimanapun, Allahyarham turut mendapatkan sesi kemoterapi di HUKM pada 4 Mei lalu. Sayang sekali, takdir Ilahi sudah menjemputnya.Kematian yang tidak mampu ditolak dalam kehidupan amat memilukan. Kini, negara kehilangan seorang lagi anak seni yang berbakat besar dalam lakonan dan lakonannya yang tergolong dalam kelas tersendiri akan tetap di kenang sehingga akhir zaman.
Sunday, May 3, 2009
M Rajoli masih menderita penyakit kelenjar otak

"Maklumlah, beliau lebih banyak menghabiskan masa di rumah sejak keluar hospital, 10 Oktober lalu dan terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak. Sekurang-kurang kehadiran rakan artis memberi sokongan moral kepadanya untuk kembali pulih seperti sedia kala," katanya kepada B*Pop.

Kak Mah berkata, suaminya menunjukkan perkembangan positif sejak kebelakangan ini, sekali gus memberikan harapan kepadanya, begitu juga anak-anak untuk melihatnya kembali pulih seperti dulu, seterusnya beraksi di kaca TV dan layar perak. "Syukurlah, memang nampak perubahan pada dirinya sejak mengikut fisioterapi sebanyak tiga kali seminggu di Taman Melawati bagi menguatkan semula otot dan sistem sarafnya. Saya dan anak-anak sentiasa berdoa agar dia pulih sepenuhnya dengan pelbagai ikhtiar yang dilakukan," katanya
Sunday, March 8, 2009
Singer-composer Zubir Ali dies(6 march 09)

The former member of folk band Harmoni whose hits included Penantian and Balada Seorang Gadis Kecil underwent heart bypass a week ago.
His youngest Raihan Rani, 23, said: “Since yesterday, dad started to feel pain and at 6am, his blood pressure dropped suddenly.
“Praise be to Allah everyone in the family managed to be by dad’s side until he was proclaimed to have passed away,” he told Bernama at the Section 14 mosque in Petaling Jaya where the funeral rituals were performed after Friday prayers.
“I was shocked when told by a friend this morning that Zubir has passed on. We were supposed to have met in a meeting yesterday but he could not make it because he was unwell,” he said.
“We have been friends for over 20 years. I still remember the early 1980s when Zubir and his band were very popular.”
Zubir, who was born in Alor Setar, leaves behind a wife, a son and two daughters. He was laid to rest at the Bukit Kiara cemetery after Asar prayers.