SENIMAN dan aktivis teater Malaysia Nasir Ali telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.45 pagi tadi di rumahnya, di Bandar Sri Permaisuri. Allahyarham diberitakan mengalami demam sejak beberapa hari dan akhirnya ditewaskan oleh komplikasi penyakit kencing manis yang dideritainya sekian lama.Allahyarham adalah bintang ternama di televisyen dan layar perak Malaysia, manakala di pentas teater nama allahyarham tidak perlu diperkenalkan lagi. Allahyarham Nasir Ali, lulusan ijazah seni lakon dari institut berprestij National Institutes of Dramatic Arts (NIDA) Australia, dikenali seorang aktivis yang sangat lantang dan tegar dengan pendiriannya, tetapi memiliki jiwa yang tulen dan teguh dalam perjuangan seninya.Mekar Budaya Production mengucapkan takziah kepada balu allahyarham Puan Kadariyah Yup dan seluruh anggota keluarganya. Takziah juga kepada seluruh ahli Grup Teater Artis Kreatif (GERAK) yang kehilangan seorang pemimpin, yang juga pengasas kepada kumpulan ini. Semoga pemergian allahyarham - dalam kemuliaan Jumaat penghulu segala hari, bersama seluruh jasa dan budi baiknya di dunia ini - menempatkannya di kalangan orang yang beriman dan soleh.Al-Fatihah
Meninggal dalam tidur
Oleh Elrafaei Sapiahmadelrafaei@hmetro.com.my
Oleh Elrafaei Sapiahmadelrafaei@hmetro.com.my
TATAPAN TERAKHIR...Kadariyah (tiga duduk dari kiri) bersama rakan Allahyarham Mohamad Nasir.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan aktivitis teater, Mohamad Nasir Ali, 55, meninggal dunia di rumahnya, Bandar Sri Permaisuri, dekat sini, jam 3.45 pagi semalam.Isteri Allahyarham, Kadariyah Yup, 55, berkata suaminya yang menghidap penyakit kencing manis sejak empat tahun lalu, tidak sedarkan diri ketika tidur.Beliau yang berada di sisi suami sehingga saat akhir hayatnya berkata, Allahyarham tidak menunjukkan sebarang kesakitan sebelum menghembuskan nafas terakhir.“Jam 3 pagi, saya bangun mengerjakan solat tahajud dan membaca surah Yasin. Ketika itu, saya menyedari air mata suami mengalir dan pernafasan dia turun naik.
“Sejak menghidap kencing manis, badan dia selalu demam dan panas. Sebaik ambulans tiba, atendan beritahu saya, dia (Allahyarham) sudah meninggal dunia.
“Beberapa hari lalu, dia nampak sedih bila menyatakan hasrat mahu menghantar saya ke Kelana Jaya untuk pergi menunaikan haji pada 9 November ini. Jika diikutkan, kencing manisnya bertambah teruk dan merebak ke kaki.“Pada 13 Oktober lalu, dia dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan. Sehari selepas itu, doktor berkata jangkitan penyakitnya pada kaki kiri makin teruk dan perlu dipotong tetapi dia enggan.“Sudah bermacam ubat dia makan seperti kacip emas dan minuman susu kesihatan tetapi tiada perubahan. Saya reda dengan pemergiannya,” katanya.Allahyarham Nasir meninggalkan seorang balu dan empat anak, Darmawar Shahienas, 30, Nurulely Shafienas, 28, Nurul Ilya Shazannas, 25, dan Lelliyana Rus Shatznas, 18. Ketika hayatnya, Allahyarham pernah membintangi beberapa filem seperti Lagi-Lagi Senario, Anak Mami The Movie, Jutawan Fakir, Lady Boss, Anak Mami Kembali dan terbaru, Eee... Hantu!!!Selain filem, Allahyarham aktif dengan drama antaranya drama terbaru Alahai Anak Omak untuk tayangan Astro menyaksikan Allahyarham sebagai pelakon dan penolong pengarah bersama Yusof Wahab.Allahyarham juga sempat membintangi drama terbitan Rosyam Nor iaitu Kepadamu Kekasih yang menjalani penggambaran sebelum Ramadan lalu.Allahyarham juga ialah pengasas kumpulan teater, Group Teater Artis Kreatif (Gerak) sejak awal 80-an dan mengikuti kursus teater selama setahun di National Institute Of Dramatic Art, Sydney, Australia. Dia pernah mengarah dan berlakon teater Konvensyen Gila (1992), Bus Stop (1994) dan Orang-Orang Kecil (2003).Teater lakonannya Peran karya Datuk Noordin Hassan pada 1997 berjaya meraih johan pada Pertandingan Teater Peringkat Kebangsaan.Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Gombak, di sini, selepas solat Jumaat, semalam.
Inalillahi Wa Inaillaihi Rojiun
Al Fatihah!--- On Fri, 10/31/08, Shania Opalwrote:
From: Shania OpalSubject: Re: [ReSpeKs] Pelakon Nasir Ali meninggal dunia kerana kencing manisTo: ReSpeKs@yahoogroups.comDate: Friday, October 31, 2008, 2:04 AM
Semoga ruh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda;
"Siapa yang membaca Surah Yassin dengan tulus ikhlas
kerana Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya
yang lalu, maka bacakanlah pada orang yang akan mati
(atau bagi orang yang telah mati)." -
Riwayat Al-Baihaqi dan Maq'il bin Yasar
"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan
izin ALLAH, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.
Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya
Kami berikan kepadanya pahala dunia itu,
dan barang siapa menghendaki pahala akhirat,
Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat.
Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang
yang bersyukur" (Surah Ali Imran : Ayat 145)

Al Fatihah!--- On Fri, 10/31/08, Shania Opal
From: Shania Opal

cyBerita: Lelaman Internet Berita Harian Singapura.
Ekstra!
RINGKASAnktor watak jahat meninggal
PELAKON teater, drama dan filem Malaysia yang sering melakonkan watak jahat, Nasir Ali, telah meninggal dunia kerana komplikasi penyakit kencing manis.
Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur, pada pagi Jumaat lalu, lapor Utusan Malaysia.
Menurut isteri Allahyarham, Cik Kadariyah Yup, 55 tahun, suaminya mengalami demam pada awal pagi itu ekoran penyakit yang dideritainya itu sejak empat tahun lalu.
Allahyarham Nasir, 55 tahun, yang berasal dari Taiping, Perak, pernah dinasihati doktor agar memotong ibu jari kaki kirinya bagi mengelakkan komplikasi.
'Pada 13 Oktober lalu, arwah telah dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras kerana penyakit yang dihidapinya itu dan doktor mencadangkan agar ibu jari kaki kirinya dipotong supaya penyakitnya tidak merebak.
'Tetapi Allahyarham enggan dan keesokan harinya beliau dibenarkan keluar dari hospital tersebut. Sejak saat itu, beliau lebih banyak berehat dan berpantang di rumah,' kata Cik Kadariyah.
Drama terbaru lakonan Allahyarham ialah Alahai Anak Omak dan Kepadamu Kekasih yang penggambarannya dilakukan sebelum Ramadan lalu.
Pelakon Nasir Ali meninggal dunia
Mohamad Nasir Ali
KUALA LUMPUR: Dunia seni dan hiburan tanah air kehilangan seorang lagi pelakon apabila Mohamad Nasir Ali (gambar), 55, atau Nasir Ali meninggal dunia kira-kira jam 3.45 pagi semalam. Allahyarham yang turut dikenali sebagai penggiat teater menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bandar Seri Permaisuri, Cheras akibat penyakit kencing manis yang dihidap sejak empat tahun lalu. Jenazah pelakon yang berasal dari Pulau Pinang itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Gombak, selepas solat Jumaat.
Allahyarham meninggalkan isteri, Kadariyah Yup, 55, serta empat cahaya mata, semuanya perempuan, Darmawar Shahienas, 30; Nurulely Shafienas, 28; Nur Illya Shazanas, 25 dan Ieliyana Rus Shatznas, 18 serta dua cucu. Kadariyah berkata, pada waktu itu hanya dia serta anak ketiga berada di rumah. Anak sulung mereka menetap di Kanada manakala yang kedua bertugas di Mersing, Johor. Nasir yang menghidap kencing manis sejak empat tahun lalu sepatutnya menjalani pembedahan membuang ibu jari kaki kiri pada 14 Oktober lalu dan dimasukkan ke wad sehari sebelum itu.
Bagaimanapun, Allahyarham meminta izin dari doktor untuk keluar dari wad lebih awal kerana mahu menjalani rawatan alternatif. “Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan. Cuma dia ada menyuarakan kebimbangan tidak dapat menghantar saya menunaikan haji pada 9 November ini kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan. “Tak sangka pula dia akan pergi dan saya berhasrat untuk membuat upah haji untuk arwah,” kata Kadariyah. Kadariyah berkata, setiap malam dia akan membaca Yassin dan pagi semalam dia mendapati Allahyarham mengalirkan air mata dan merenung ke arahnya.
Selepas itu katanya, dia melihat nafas Allahyarham turun naik dan tidak lama selepas itu nafasnya terhenti dan dia cuba mengejutkan Allahyarham tetapi tidak berjawab. Anak ketiga allahyarham cuba memberi bantuan CPR sementara menanti ambulan

Katanya, oleh kerana tubuhnya masih lagi panas, dia segera menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan. “Bagaimanapun, pembantu perubatan ambulans itu memberitahu saya arwah sudah meninggal dunia,” katanya. Nasir yang terbabit dalam dunia seni sejak 1970, sudah berlakon dalam beratus drama dan juga filem. Allahyarham banyak berlakon dalam drama arahan Profesor Madya Razak Mohaideen antaranya Anak Mami The Movie, Lady Boss, Jutawan Fakir dan Hingga Hujung Nyawa.
Posted by [ chaos_two ] on 1.11.08 04:09 (243 reads)
31/10/2008 3:22pmOleh ABD. AZIZ ITARKUALA LUMPUR 31 Okt. - Pelakon teater, drama dan filem yang terkenal dengan watak jahat, Nasir Ali meninggal dunia kerana penyakit kencing manis di kediamannya di Bandar Sri Permaisuri di sini pada pukul 3.45 pagi tadi.Menurut isteri Allahyarham, Kadariyah Yup, 55, suaminya menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami demam pada awal pagi tadi ekoran penyakit yang dideritainya itu sejak empat tahun lalu.more...Allahyarham yang berusia 55 tahun dan berasal dari Taiping dan dibesarkan di Butterworth itu menghidap kencing manis yang serius.Nasir juga pernah dinasihati oleh doktor agar memotong ibu jari kaki kirinya bagi mengelakkan ia merebak.``Pada 13 Oktober lalu, arwah telah dibawa ke HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) di Cheras kerana penyakit yang dihidapinya itu. Doktor mencadangkan agar ibu jari kaki kirinya dipotong supaya penyakitnya tidak merebak.``Tetapi Allahyarham enggan dan keesokan harinya dibenarkan keluar dari hospital tersebut. Sejak saat itu, beliau lebih banyak berehat dan berpantang di rumah,’’ katanya ketika ditemui di kediamannya di Apartmen Cemara di sini.Jelas Kadariyah, awal pagi tadi, kesihatan Allahyarham yang mempunyai empat orang anak dan dua orang cucu itu semakin tenat apabila keadaan suhu badannya panas menyebabkan beliau menghubungi ambulans.Kata isteri pelakon yang mempunyai ijazah seni lakonan dari National University of Dramatic Arts, Sydney, Australia pada tahun 1994 itu, beliau sempat membacakan surah Yassin sebelum Allahyarham meninggal dunia.``Selepas saya habis membacakan surah Yassin di sisinya, suami saya kelihatan diam tanpa berkata apa-apa, tetapi saya melihat air matanya mengalir. Tidak lama selepas itu barulah beliau meninggal dunia,’’ ujarnya.Allahyarham yang dilahirkan pada 17 Januari 1953 sewaktu hayatnya terkenal sebagai aktivis teater dan merupakan Presiden Grup Teater Arts Kreatif yang ditubuhkannya pada 1989 dengan aktif berlakon serta mengarahkan teater.Antara teater lakonan dan arahan beliau berjudul Jebat, Orliana, The Three Sister, Mac Back, Konvensyen Gila, Pran, Bus Stop dan Orang-Orang Kecil, selain turut berlakon filem seperti Mekanik, Hingga Hujung Nyawa dan Senario The Movie.Tambah Kadariyah lagi, sepanjang karier sebagai pelakon, antara kejayaan Allahyarham ialah beliau pernah diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa menerusi drama Kurnia pada tahun 1995 dan Esah Swinger (1996).Malah, Allahyarham juga pernah mengungguli anugerah Pengarah dan Pelakon Teater Terbaik pada 1987 menerusi teater berjudul Pran.Nasir Ali atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Ali memulakan kerjayanya sebagai pelakon teater pada tahun 1974 dan Liku-Liku Hidup merupakan teater pertama lakonannya yang dipentaskan di Kompleks Budaya Negara (sekarang dikenali sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) di Padang Merbok, Kuala Lumpur.Drama terbaru lakonan Allahyarham berjudul Alahai Anak Omak dan Kepadamu Kekasih telah menjalani penggambarannya sebelum bulan Ramadan lalu dan ia akan ditayangkan di televisyen tidak lama lagi.sumber : utusan online
2 comments:
sorry cannot cornetto aku pun x tahu nape mesej ko hilang
Post a Comment