Sunday, July 26, 2009

al fatihah YASMIN AHMAD


pd 23 hb dikejutkan berita tentang yasmin ahmad meninggal dunia akibat strok,ketika itu beliau ditv3.but selepas bberapa minit ada berita baru muncul mengatakan beliau masih hidup dan berada di icu.pada esok harinya pula diakhbar terpapang berita gembira mengenai yasmin ahmad dlm keadaan stabil tp masih koma dan semalam pula dunia seni dikejutkan sekali lagi berita pemergiaannya,sama2la kita berdoa agar allah mcucuri rahmat ke atas rohnya dan moga ditempatkan dikalangan org beriman AL fatihah for YASMIN AHMAD jasa beliau dan karya2 akan terus dikenang.
berikut adalah sebahagian dari berita tentangnya:-


Satu sidang media telah diadakan tadi di Hospital Pakar Perubatan Damansara di mana adik ipar Yasmin Ahmad, pakar bedah neuro Dr Zakaria Zahari, memaklumkan kepada para wartawan bahawa Yasmin telah mengalami serangan strok.

“Terdapat pendarahan di bahagian otaknya dan dia telah pun menjalani pembedahan untuk mengurangkan bengkaknya,” kata Dr Zahari.

Tambahnya, walaupun keadaan Yasmin buat masa ini agak stabil namun dalam lingkungan beberapa jam selepas pembedahan adalah kritikal. Ketika ini, jantungnya disokong oleh ubat-ubatan.

Turut hadir pada sidang media tadi ialah Dr Jemilah Mahmood, kawan karib Yasmin. Bercakap bagi pihak keluarga Yasmin, Dr Jamilah memberitahu Yasmin berada di bawah penjagaan yang terbaik di hospital tersebut.

“Pihak keluarga Yasmin mengharapkan tidak akan ada spekulasi, khabar angin mengenai keadaannya kerana ini hanya akan melukakan hati keluarganya di samping menambahkan lagi tekanan mereka yang tidak putus-putus menerima panggilan dan SMS bertanyakan keadaan Yasmin. Keluarga Yasmin berharap anda semua akan berdoa untuknya.”

Berita terkini:

Ibu bapa Yasmin tiba di hospital dari Langkawi pada jam 9.20 malam. Di lobi hospital, ibu Yasmin yang kelihatan uzur dan terpaksa dipapah ahli keluarga, tidak dapat mengawal emosinya


Pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam tadi di Hospital Pakar Damansara.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan. Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. Pembedahan dilakukan sejurus serangan strok itu namum gagal menyelamatkan nyawa arwah. Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak.

Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS16, Subang Jaya sebelum solat Zohor, hari ini (26 Julai).

Semasa menghembuskan nafas terakhirnya, turut bersama Yasmin ialah, suaminya, Tan Yew Leong, adik Yasmin, Datin Orked, adik iparnya, Dr. Zakaria Zahri dan beberapa doktor yang merawat Yasmin.

Al-Fatihah kami ucapakan buat arwah Yasmin Ahmad, Semoga rohnya ditempatkan-Nya di dalam golongan orang2 beriman..Amin.


Yasmin Ahmad…1958 – 2009

BERIKUT adalah profil Yasmin dan pencapaian yang pernah diraihnya selama ini.

Nama : Yasmin Ahmad

Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit

Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor

Tarikh Lahir: 1958

Meninggal Dunia : 26 Julai 2009

Status Perkahwinan: Berkahwin

Suami: Abdullah Tan Yew Leong (berkahwin Januari 2003)

AKADEMIK

Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

PROFIL KARIER

Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett

2003-2009 Pengarah FilemFilem:2003 Rabun2005 Sepet2006 Gubra2007 Mukhsin

Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)

Berlakon Dalam Drama:2003 Min2006 Tai yang yue (Rain Dogs)

Penerbit:2005 Raining Amber

ANUGERAH

* Biasiswa, Kementerian Pendidikan* Juara, Talentime Ested Fodd, Wales

PENCAPAIAN LAIN

1975 Naib Johan, Bintang RTM ‘75

2003 Filem ASEAN Terbaik (Rabun), Anugerah Video Malaysia ke-8, Kuala Lumpur

2004 Filem Reka Bentuk Terbaik ASEAN (Sepet), Anugerah Video Malaysia ke-9

2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis

2005 Cerita Asal Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)

2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)

2005 Poster Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM)

2005 Filem Asia Terbaik (Sepet), Festival Filem Antarabangsa Tokyo

2005 Filem Terbaik (Sepet), Global Chinese Golden Arts, Genting Highlands

2006 Filem Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)

2006 Pelakon Wanita Terbaik (Gubra),Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)

2006 Lakon Layar Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)

2006 Poster Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)

2007 Pingat perak (Mukhsin), Netpac Festival, Jojagkarta

2007 Anugerah Filem Terbaik Kategori Generasi Baru (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57

2007 Tempat kedua Anugerah Juri Kanak-Kanak (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57

2007 Filem Cereka Terbaik Asia Tenggara (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Cinemanila, Filipina


ps: seorang demi seorang seniman yang hebat telah pergi meninggalkan persada seni dan tak kembali:, hargaila mereka seboleh2nya ketika mereka masih ada.dan bila mereka telah tiada kenangkan la mereka dan jasa2 dan sumbangan mereka dipersada dunia seni kerana ada mereka baru lah ada sebuah cerita dipersada seni kerana kualiti mereka adalah yang terbaik dari sekarang..belajar dari yg lepas bkn belajar terus GILA GLAMOUR OR MONEY...


http://yasminthefilmmaker.blogspot.com/

No comments: