Friday, August 14, 2009

PARAM MENINGGAL DUNIA


belum beberapa hari je da dengar berita baru..takziah buat keluarga param yg merupakan Pelakon komedi yg aku rasa x akan lupa selepas allahyarham pak berahim pendek...kehadiran mereka dlm dunia seni amat mcuit hati melihat keletah mereka yg kini hanya tggal kenangan.....



KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2009: Pelawak veteran, Param, 55, telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 6 pagi tadi kerana sakit jantung.

Perkara ini telah disahkan kakaknya,

Kata Sara, sebelum itu Param telah dikejarkan ke hospital berkenaan kira-kira jam 5 pagi tadi selepas didapati mengalami kesukaran untuk bernafas tetapi beliau gagal untuk diselamatkan.

"Walaupun mendiang sudah lama menghidap penyakit jantung serta tidak dapat berjalan hingga terpaksa berkerusi roda, namun kematiannya bagi kami tetap mengejutkan.

"Dia seorang adik yang cukup menyenangkan. Ringan menghulurkan bantuan serta mudah tersenyum. Pendek kata, kami hidup dalam sebuah keluarga yang cukup penyayang. Tapi, kini dia telah pergi meninggalkan kami semua.

Sukar untuk saya menerima hakikat bahawa dia sudah tiada lagi dalam hidup kami. Kami merasa satu kehilangan yang cukup besar," katanya dengan nada yang sebak.

Jelas Sara lagi, keluarganya sedang berusaha untuk membawa mayatnya pulang kira-kira jam 1 petang ini.

"Namun majlis pengebumiannya hanya akan dilakukan pada Ahad ini di kediamannya kami di Taman Seri Gombak. Bagi sesiapa yang ingin memberikan penghormatan terakhir buat beliau, jemputlah datang ke rumah kami," katanya.

Param adalah pelakon era 80-an seangkatan A R Badul, Yahya Sulong, Allahyarham Yusni Jaafar dan Allahyarham R Jaafar. Mereka banyak menyertai program jenaka terbitan RTM, pertunjukan pentas dan filem cereka.

No comments: